Assalamualaikum semua. Baru - baru ini kami
telah mendapat projek untuk menjual kopi-kopi berasaskan ekstrak guarana.
Guarana adalah nama sejenis pokok herba yang mungkin agak asing bagi orang
Malaysia.
Guarana atau GuaranĂ¡ , Paullinia
cupana (juga P. crysan, P. sorbilis) ialah sejenis pokok
herba yang berasal dari Venezuela dan utara Brazil. Pokok guarana
mengeluarkan daun yang lebar dan berjambak bunganya, dan terkenal dengan
buahnya yang sebesar biji kopi. Biji buah guarana boleh dijadikan perangsang
sistem saraf pusat untuk kesihatan tubuh. Bijinya mempunyai dua kali lebih
kafein dari biji kopi(lebih kurang 2-4.5% kafein di dalam biji Guarana
berbanding dengan 1-2% untuk biji kopi
Guarana digunakan di dalam pemanis atau minuman
ringan berkarbonat dan minuman tenaga, di dalam ramuan herba, rempah ratus
ataupun dikandungkan ke dalam kapsul-kapsul. Secara amnya, Amerika Selatan
memperolehi kebanyakan kefein daripada guarana.
Brazil ialah negara konsumer minuman ringan ketiga
terbesar di dunia mengeluarkan beberapa jenama minuman ringan dari ekstrak
guarana. Perkataan Portugis "guarana" digunakan secara meluas di
Brazil sebagai rujukan minuman ringan yang mengandungi ekstrak guarana.
Guarana amat kaya dengan kandungan kafein
sehingga ia menarik perhatian ramai untuk dilihatkan potensi dalam kesan
sampingannya. Ujian ke atas tikus makmal menunjukkan bahawa guarana dapat
membantu meningkatkan daya ingatan and ketahanan fizikal bila dibandingkan
dengan 'pil gula'.
Dalam tahun 2007, telah diselenggarakan satu
kajian penyelidikan untuk mengetahui secara terperinci dengan memberi
empat dos (37.5 mg,75 :mg,150 mg dan 300 mg) ekstrak
guarana. Memori, kecekapan and keceriaan ditingkatkan dengan dos dua terendah,
mengesahkan keputusan lebih elok dari yang sebelumnya tentang kesan sampingan
75 mg guarana.
Di negara Amerika Syarikat,
guarana telah diiktiraf sebagai selamat digunakan pada amnya oleh pentadbiran
makanan dan dadah Amerika Food and Drug Administration.
Kajian awal menunjukkan bahawa guarana menjadi
efektif sebaik saja dihadam. Satu kumpulan kajian yang lain mencatatkan secara
purata kehilangan berat badan sebanyak 11.2 paun(5.1-kilogram) berlaku adalah
lebih cepat bagi mereka yang mengambil campuran yerba mate,
guarana, dan damiana berbanding dengan mereka yang
diberikan 'pil gula' hilang secara purata berat badan sebanyak 1 paun selepas
45 hari. (Wikipedia)
No comments:
Post a Comment